Friday, 15 March 2013

m-4(5): Buat negeri baru ke?

Salam sejahtera.

Pada kali ini saya ingin menceritakan tentang isu pengaruh pelbagai dialek.

Saya berasal dari Sabah. Ketika memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris, saya terkejut dengan dialek yang sangat pelbagai. Namun saya sendiri menggunakan dialek Sabah ketika bertutur dengan rakan-rakan. Kami mendapati agak sukar untuk memahami perbualan masing-masing kerana dialek yang agak pekat. Tambahan pula, rakan-rakan saya menyatakan bahawa saya bercakap dengan cara yang laju. Oleh itu, saya mula mempelajari serba sedikit dialek mereka. Oleh kerana rakan-rakan saya terdiri dari pelbagai negeri, maka saya mempelajari beberapa dialek. Masalahnya, saya telah mencampur adukkan dialek tersebut.

Antara ayat-ayat yang selalu saya gunakan:

- Hang nak gi mano ni?
- Kome dah make ke?
- Cheq nak bagitau kat hang.
- Gapo dio?
- Cheq dok tau ah.

Suatu hari, rakan saya menegur saya.

Rakan aku: Rozai guna dialek apa ni?. Aku dengar ada dialek Kelantan, utara, Perak. Rozai buat negeri baru ke?

Aku hanya mampu ketawa.

Inilah padahnya jika cuba mencampur adukkan dialek. Gunalah bahasa standard.

Sekian.


No comments:

Post a Comment