Salam sejahtera.
Entri ini masih berkaitan dengan perbezaan istilah antara negeri. Pada kali ini antara Sabah dan Perak.
Semester ini, saya dan rakan saya Ema telah berpindah tempat tinggal ke Taman U Baru. Kami sangat seronok kerana dapat memasak. Hari pertama masuk ke rumah, kami sudah bersedia untuk memasak bagi makan malam. Kami bercadang untuk memasak ikan masak asam pedas. Jam pada waktu itu menunjukkan tujuh petang.
Ema: Rozai, tolong siang ikan tu.
Aku: Siang ikan? nak buat apa?
Mana ada matahari sekarang ( sambil melihat ke luar ).
Ema: Nak buat apa matahari?
Aku: Tadi awak kata siang ikan. Macam mana nak siang ikan tiada matahari?
Ema: Oi! Maksud aku bersihkan ikan tu bukan nak jemur. Hahahaha ( sambil tergelak kuat )
Aku: ( Sambil turut tergelak ) Aku ingat siang tu jemur.
Kesimpulannya, kadangkala kita akan tersalah anggap sesuatu perkara itu disebabkan istilah yang berbeza. Oleh itu, adalah lebih baik kita bertanya dengan lebih terperinci dahulu sebelum melakukan atau menyuarakan sesuatu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment