Friday, 15 March 2013

m-4(4): Periksa lagi?

Salam sejahtera.

Ketika datang ke Perpustakaan Tuanku Bainun sebentar tadi, seperti biasa saya akan melalui peeriksaan di pintu. Oleh kerana pada minggu lepas saya telah ditahan, maka pada minggu ini saya telah menukar beg saya. Pada kali ini, saya yakin beg saya tidak akan dipertikaikan lagi. Sementararakan saya menyimpan beg di tempat penyimpanan barang, saya masuk dahulu dan diperiksa oleh seorang kakak. Seperti jangkaan, saya memang tidak ditahan. Selepas diperiksa, saya menanti rakan saya berhampiran kaunter pemeriksaan sambil melihat pelajar-pelajar yang lain diperiksa. Beberapa minit kemudian, rakan saya masuk. Kami berjalan menuju ke pintu.

Pemeriksa: Eh! Adik baru nak masuk ke? Kenapa tak periksa beg dulu?

Aku: Tadi kan dah periksa kak.

Pemeriksa: Bila?

Aku: Baru tadi. Sebelum akak periksa lelaki berbaju merah tu.

Pemeriksa: Jadi kenapa tak masuk terus? atau awak keluar balik?

Aku: Saya tunggu kawan kak. Tadi saya berdiri dekat rak tu.

Pemeriksa: Oh. Minta maaf. Tak nampak tadi.

          Saya dan rakan saya terus masuk ke dalam perpustakaan.

Kawan aku: Setiap kali awak lalu depan tu mesti kena tahan. (sambil gelak )

Aku: Nasib badan. Haha.


Sekian

No comments:

Post a Comment