Salam sejahtera.
Semalam, saya secara tidak sengaja terbuka satu gambar di google.
Gambar ini membuatkan saya terfikir, betapa kuatnya pengaruh bahasa asing sehingga mampu menyebabkan terbentuknya satu bahasa yang dipanggil bahasa rojak.
Ketika saya dan cikgu sekolah menengah saya berjalan-jalan di pasaraya semasa cuti semester yang lalu, saya mendapati golongan remaja yang sedang melepak di pasaraya itu semuanya menggunakan bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan mereka. Ketika saya menyuarakan hal ini kepada cikgu saya, beliau mengatakan bahawa di sekolah juga tidak kurang pelajar yang menggunakan bahasa tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Saya berfikir mungkinkah suatu hari nanti bahasa rojak ini mampu merampas kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi sekiranya tidak dibendung dengan segera. Golongan kanak-kanak seawal usia tiga tahun juga sudah terpengaruh dengan penggunaan bahasa ini.
Saya terbaca pula satu petikan dari seorang blogger yang berbunyi seperti ini;
" Aku rasa Amazing Race lebih best dari Explorace ni. At least Amazing Race semua sama rata, clue dia lebih straight to the point. Cuma aku tak fahamlah kenapa TV3 suka semua pengacara dia cakap rojak. Sekejap cakap English, sekejap cakap Melayu. Kalau nak in English, buatlah in English all thru the way. Ni kesian host kena tukar-tukar. Host dia ok juga. Cuma bahasa aku tak suka. Macam si Ari pulak masa mengacara muzik-muzik menyampah aku! Aku rasa the other team is much better tapi terlalu banyak mistake. Yang menang last night tu lucky. So takde istimewa sangat explorace. Lain dengan amazing race di mana you can learn from your mistake. Sebab kebanyakkan yang menang amazing race memang pernah buat mistake and terkadang sikit lagi kena eliminate."
Pada pandangan saya, cara penulis ini menegur tentang penggunaan bahasa rojak kurang tepat kerana dia sendiri menggunakannya.
Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita.
1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara.
Sekian.

No comments:
Post a Comment