Friday, 8 March 2013

m-3(5): beg laptop je dik.

Salam sejahtera.

Entri pada kali ini berkaitan dengan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), UPSI.

Saya telah pergi ke PTB untuk membuat tugasan. Seperti biasa, saya membawa beg sandang yang dipenuhi dengan komputer riba, buku-buku, dompet dan alat tulis. Ketika di kaunter pemeriksaan, beg saya diperiksa oleh seorang wanita.

Pemeriksa: dik, beg laptop je yang dibenarkan masuk. Beg adik ni bukan beg laptop.
Aku: Tapi kak, ini lah beg laptop saya. Tengok ni laptop saya (dalam beg).

Pemeriksa: sebenarnya ini bukan beg laptop adik. Tapi takpe lah, yang penting takde makanan dalam ni (sambil memeriksa beg saya).

Aku: Maaf ye kak. Terima kasih.

Saya kurang pasti bagaimana beg komputer riba yang mereka maksudkan. Apakah beg khas untuk komputer riba sahaja atau apa-apa beg yang boleh dimasukkan komputer riba seperti beg saya.


Sekian.



No comments:

Post a Comment