Salam sejahtera.
Pada kali ini saya ingin menceritakan kisah di dalam kelas subjek A pada hari Jumaat yang lepas. Kelas subjek A ini adalah pada hari Rabu dan Jumaat.
Pensyarah: Ini kumpulan apa?
Kelas: A.
Pensyarah: Kelas 2jam kumpulan ini kelmarin ke?
Kelas: Bukan doktor. Hari Rabu.
Pensyarah: Hah, kelmarin le tu.
Kelas: Kelmarin hari Khamis doktor.
Pensyarah: Itu semalam.
Kelas: Semalam tu malam tadi doktor.
Pensyarah: Perak maksudkan semalam tu sehari lepas. Kelmarin tu dua hari lepas.
Kelas: 0oohh..
Perak: Kelmarin= dua hari lepas
Semalam= sehari lepas
Kesimpulannya, ketika bercakap dengan orang Perak. Pastikan penggunaan istilah kelmarin dan semalam difahami dengan betul.
Sekian.
No comments:
Post a Comment