Friday, 15 March 2013

m-4(2): "bergaya jak semua yang lain"

Salam sejahtera.

Entri pada kali ini berkenaan dengan isu lewat.

Pada hari Rabu yang lalu, kelas Prosa Melayu telah menyertai Seminar 6 Sasterawan Negara di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pensyarah telah berpesan bahawa bas akan bergerak pada jam 7 pagi. Oleh itu, semua pelajar diminta untuk berada di tempat menunggu yang telah ditentukan sebelum jam 7 pagi.

Ketika kami sampai di tempat menunggu pada jam 6.50 pagi, pensyarah telahpun berada di sana. Kami dapati masih tidak ramai yang berada di sana.

Jam 7.20 pagi, bas masih tidak bergerak kerana terpaksa menanti rakan-rakan sekelas yang belum sampai.

Saya memberikan pesanan ringkas kepada seorang rakan saya yang menanti di Kolej Ungku Omar (KUO).

" June, kamu sudah naik bas?"

" Sudah, tapi tak gerak lagi. Ramai yang belum sampai."

" Oh, di sini pun sama juga."

" Bosan dah menunggu. Saya dah sejam lebih tunggu ni. Bergaya jak semua yang lain!"

"Haha. Kamu tunggu sejak jam berapa?"

" Sejak jam 6.10 pagi."

" Awalnya."

" Janji ditepati kan."

Jam 7.40 pagi, bas bergerak dan masing-masing menarik nafas lega sambil berharap tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kesimpunlannya, hormati diri sendiri dan hargailah masa. Jangan biarkan orang lain menanti terlalu lama.

Sekian.


No comments:

Post a Comment