Salam sejahtera.
Perbezaan loghat kadang kala membuatkan kita tersalah faham. Apatah lagi jika kita berada bersama rakan-rakan dari pelbagai negeri.
Apa akan terjadi apabila masing-masing hendak bercakap menggunakan loghat negeri sendiri?
Orang Kedah sedang berbual-bual dengan orang Kelantan,
tiba-tiba seekor ular datang.
Kelantan: ulor! ulor!
Kedah: Ya, Allah! katok (pukul)! katok!
Kelantan: dok, buke katok (katak), ulor!
Kedah: tau la... katok la, lekaih (cepat)!
Kelantan: looo... buke katok! ulor lah! ulor!
Kedah: aku tau la ulaq, ambik la kayu katok! aku katok pala hang satgi!!!
Ini lah yang akan terjadi apabila masing-masing bercakap dengan loghat negeri. Maka, adalah sangat penting bagi kita untuk menguasai bahasa Melayu standard bagi memudahkan kita berkomunikasi dengan orang dari pelbagai negeri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment