Friday, 15 March 2013

m4-1: "Tahu makan cabai tak??"

Salam sejahtera.
Entri saya pada kali ini berkaitan dengan cabai. Apa itu cabai?.

Pada malam Isnin yang lalu, kawan serumah saya ( kak Bihan dan kak Attyn ) telah mengajak saya untuk makan malam bersama. Selesai makan malam, saya dijamu pula dengan buah nenas yang dihidang bersama kuah sos asli Kedah. Ketika sedang makan, terkeluar pula perkataan cabai.

Kak Attyn: Pedas lah kuah ni Bihan.

Kak Bihan: Tapi sedap kan?. Eh! Rozai makan cabai tak??

Aku: (dengan wajah bingung) Cabai tu apa kak?

        Kak Attyn tergelak besar.

Kak Bihan: Eh, akak lupa Rozai dari Sabah. Hahaha. Cabai tu cili. Rozai panggil cili kan?.

Aku: Oh. Ya, kami panggil cili.


Setiap negeri menggunakan istilah masing-masing. Maka, kita sebagai satu negara yang kaya dengan istilah-istilah ini perlu tahu serba sedikit tentangnya.

Sekian.


No comments:

Post a Comment