Friday, 19 April 2013

m-5(1): sistem panggilan adik-beradik di Perak

Salam sejahera.

Entri pada kali ini berkaitan dengan sistem panggilan adik-beradik di negeri Perak. Sistem panggilan dalam keluarga Melayu sememangnya sudah lama wujud. Sistem ini bertujuan untuk membezakan yang tua sehingga yang muda. Walaubagaimanapun, sistem panggilan ini tidak tegar atau mesti. Maklumat ini diperolehi menerusi seorang rakan saya yang berasal dari Teluk Intan, Perak iaitu Naemah. Pada awal semester yang lalu, saya telah berkunjung ke rumahnya. Adik-beradiknya adalah seramai 10 orang dan terlintas di fikiran bagaimana mereka memberikan gelaran kerana mereka agak ramai. Berikut merupakan sistem panggilan yang digunakan oleh keluarga mereka.

Anak pertama - yop
Anak kedua - nyah
Anak ketiga - alang
Anak keempat - uda
Anak kelima - andak
Anak keenam - anjang
Anak ketujuh - ucu
Anak kelapan - achik
Anak kesembilan - usu
Anak kesepuluh - wan

Sistem panggilan ini secara tidak langsung memupuk rasa hormat yang lebih muda kepada yang lebih tua. Anggota keluarga yang lebih tua akan berasa lebih bertanggungjawab kepada yang lebih muda. Ini sekaligus dapat membuang perasaan kurang ajar dan tidak hormat dalam kalangan adik-beradik.


Sekian.

No comments:

Post a Comment