Tuesday, 30 April 2013

m-6(1): Gunakan 'bah' dengan betul..

Salam sejahtera.

Entri saya pada kali ini berkaitan dengan penggunaan 'bah' dalam kalangan masyarakat yang bukan berasal dari Sabah. Setiap universiti di Malaysia pastinya terdiri daripada pelajar yang beasal dari pelbagai negeri. Di UPSI, ramai rakan-rakan yang cuba meniru penggunaan perkataan 'bah' tanpa menyedari konteks mereka tidak sesuai. Perkataan ini digunakan dalam beberapa konteks seperti berikut:


1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata.

Contoh ayat:
 Iya bah. - Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - Kamu pergilah dulu.

3) Memberi maksud bersetuju, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat BM Sabah:
"Boy, nanti ko pigi beli baras di sana kadai." Boy menjawab, "Bah."
- "Boy, nanti pergi beli beras di kedai." Boy menjawab, "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya orang sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1."Ko orang KL bah kan?"
2."Sejuk bah ni air"
3."Awal lagi bah ni"


Konteks penggunaan 'Bah' yang salah

Masyarakat Sabah sememangnya sinonim dengan perkataan "BAH" yang begitu unik. Mari kita menghayati dan renungi konteks penggunaan "BAH" yang salah dalam ayat-ayat ini:

1. "Apa kabar bah?"-kononnya ingin bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "Suda makan ka bah?" (Aneh.)
3. "Bila balik bah?" (Tak betul juga)

Kesimpulannya, sila gunakan perkataan 'bah' dalam konteks yang betul. Penggunaan 'bah' yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat kedengaran pelik.

Sekian.


No comments:

Post a Comment