Friday, 19 April 2013
m-5(2): Mari belajar bahasa Sabah!
Salam sejahtera.
Malaysia tidak hanya terkenal melalui kepelbagaian kaum dan etniknya malah melalui loghat yang berbeza di setiap negeri. Salah satu loghat yang saya ingin ketengahkan pada entri pada kali ini ialah loghat Sabah. Berikut merupakan antara perkataan-perkataan bahasa Melayu dalam loghat Sabah.
Bubut = kejar
Limpas = lalu
Batapuk = menyorok
Tarabang = Terbang
Tabalik = Terbalik
Limpang = Baring
Karas = Keras
Taru = Simpan/Bubuh
Gumuk = Gemuk
Kusung = Kosong
Talapas = Terlepas
Kaluar = Keluar
Tampat = Tempat
Sisir = Sikat
Sukup = Cukup
Tompiling = Tampar
Sebab wujudnya loghat Melayu Sabah ini adalah kerana pengaruh bahasa ibunda iaitu bahasa Dusun. Walaupun perkataan-perkataan ini adalah salah dari segi penggunaan dalam sebutan baku, namun penggunaan bahasa ini dapat melambangkan jati diri anak watan Sabah. Penggunaannya masih tertumpu kepada bahasa pasar.
Contoh penggunaan ayat bagi perkataan 'limpang':
Bahasa Melayu Sabah = " Saya limpang-limpang di atas katil. "
Bahasa Melayu Standard = " Saya baring-baring di atas katil. "
Kesimpulannya, walaupun kita perlu mendalami bahasa Melayu standard sebagai wadah pengucapan yang formal dan digunapakai dalam bidang kerja, masih wajar bagi kita mengekalkan tradisi nenek moyang yang menentukan jati diri.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment