Salam sejahtera.
Sistem pesanan ringkas (SMS)
merupakan medium penghubung yang menggunakan simbol, kod dan perkataan
singkatan yang dikatakan telah merosakkan penguasaan bahasa dalam kalangan
masyarakat. Hal ini kerana bahasa SMS bukan sahaja menggunakan perkataan singkatan
tetapi ia juga mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, dan bahasa daerah atau dialek.
Penggunaan bahasa SMS ini
digemari kerana pengirim maklumat dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan
mudah. Walaubagaimanapun, penggunaan SMS pada masa kini sudah tidak mendukung
fungsinya sebagai satu sistem pesanan yang ringkas. Ini kerana mereka telah
mengubahnya daripada maklumat dalam bentuk singkatan kepada sistem ejaan yang
tidak relevan dan tiada dalam sistem bahasa Melayu.
Contoh ayat:
' Hyew, awucks titew nuck knal ngn awucks niy. Boyeh ta? anganlew cmbng ngn itew niw.'
' Hyew, da mam kew..? Ey, sajew jew awk niw..'
Perhatikan
sistem ejaan yang digunakan;
Awak :
Awucks
Kita :
titew
Nak :
nuck
Boleh :
boyeh
Janganlah
: anganlew
Sombong
: cmbnd
Dengan
: ngn
Makan :
mam
Saja :
sajew
Oleh itu, sebagai golongan
remaja yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara kita seharusnya mampu
mengekalkan penggunaan sistem bahasa yang betul dna mengelakkan penggunaan
sistem bahasa yang mampu mencemarkan sistem bahasa Melayu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment