Salam
sejahtera.
Entri pada
kali ini menyentuh tentang penggunaan kata sebarangan atau sembarangan dalam
perbualan seharian kita. Kata sebarangan dan sembarangan sering kali digunakan
dalam situasi saling berganti bagi menyatakan maksud tanpa usul periksa.
Perhatikan
ayat-ayat di bawah.
- Kamu
tidak harus membuat tuduhan sebarangan
sahaja.
- Kamu
tidak harus membuat tuduhan sembarangan
sahaja.
Kedua-dua
ayat di atas adalah betul dari segi binaan dan gramatis kerana kedua-duanya
mempunyai subjek dan predikat. Namun, adakah kedua-dua perkataan tersebut
membawa maksud yang sama atau boleh bertukar ganti? Jika kita merujuk kepada
Kamus Dewan edisi yang keempat dan beberapa buah kamus Bahasa Melayu,
sebenarnya kata sebarangan tidak ada.
Yang ada hanya kata sebarang (tanpa
imbuhan akhiran –an). Maksud kata sebarang
ialah biasa sahaja, tidak istimewa. Frasa “bukan sebarang” bermaksud bukan yang biasa sahaja.
- Dia
bukan sebarang pendekar yang
dapat dikalahkan.
Ayat ini
bermaksud orang itu bukan pendekar biasa, bukan calang-calang pendekar tetapi
pendekar yang luar biasa tentang kehandalan atau kegagahannya.
Kata
sembarangan pula merupakan kata sublema daripada kata masukan sembarang. Maksud
kata ini ialah apa sahaja, siapa sahaja,apa sahaja, dan asal sahaja.
- Maizatul
orang bersuku, berkaum kerabat bukan sebarang orang.
Kata
sembarangan bermaksud;
- Tidak
menentu
- Tidak
dengan usul periksa
- Tidak
memilih
Contoh ayat
yang betul;
- Kamu
tidak patut beranggapan sembarangan
seperti itu.
- Buku
ini diletakkannya sembarangan sahaja.
Kesimpulannya,
kita perlu mengetahui perkataa-perkataan yang betul dan relevan digunapakai
pada masa kini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment