Sunday, 5 May 2013

m-7(4): Bahasa basahan..

Salam sejahtera.

Bahasa basahan merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Bahasa ini dibezakan daripada bahasa baku melalui tiga aspek iaitu;

  1. Perbezaan kata untuk maksud yang sama
  2. Bentuk kependekkan
  3. Perubahan bunyi

PERBEZAAN KATA UNTUK MAKSUD YANG SAMA

contoh:
  • mengapa - kenapa
  • bagaimana - macam mana
  • sedang - tengah

BENTUK KEPENDEKKAN

contoh:
  • hendak - nak
  • tidak - tak
  • sudah - dah
PERUBAHAN BUNYI

contoh:
  • ambil - ambik
  • kecil - kecik
  • pula - pulak

Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa sebaliknya mengutamakan kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, bahasa ini tidak digunakan dalam perbualan rasmi ataupun tulisan. 

Sekian.


 


No comments:

Post a Comment