Thursday, 2 May 2013

m-6(5): Amboi, menyindir nampak!


Salam sejahtera.

Entri pada kali ini adalah berkaitan dengan bahasa sindiran yang sering digunakan oleh masyarakat di negara kita. Masyarakat Malaysia sememangnya gemar menggunakan kata-kata sindiran terhadap sesuatu perkara yang tidak memuaskan hati mereka. Kata sindiran merupakan kata-kata yang diucapkan tidak terus kepada maksudnya. Contohnya ayat di bawah;




 Ayat di atas seperti satu bentuk gurauan. Namun, sebenarnya ayat tersebut bertujuan untuk menyindir Bedah yang bersolek dengan tebal. Ayat sindiran ini lebih berlapik dan lembut didengar berbanding ayat yang menyatakan maksud sebenar seperti " Amboi Bedah. Tebalnya mekap awak. ". Walaubagaimanapun, ayat-ayat sindiran lebih sesuai digunakan ketika berbual atau menegur rakan-rakan yang rapat. Ini kerana orang lain mungin akan memendang serong dan menganggap bahawa kita tidak beradab jika digunakan tanpa mengambil kira situasi dan lawan bercakap.

Sekian.

Sekian.

No comments:

Post a Comment